LISA!58

1K 95 9
                                    

"DANISH, kau okay?" Danish menoleh memandang Jelita. Wanita itu meletakkan sedulang mangkuk Jelly Ball Cocktail bersama dua pasang cawan dan sudu di atas meja makan.

"Entah." Kedua-dua bahu terhinjut ke atas. Danish mengeluh kecil.

"Kau mengeluh maksudnya kau tak okay. Kenapa? Ceritalah pada aku. Mana tahu aku boleh tolong?"

"Aku ditawarkan bekerja." Jelita mendongak memandang Danish. Kedua-dua kening terjungkit. Baguslah dapat tawaran bekerja.

"Kerja apa?".

"CEO."

"CEO?!" Jelita menekup mulut. Seumur hidup dia, tak pernah lagi dia dengar seseorang ditawarkan bekerja sebagai CEO! Kerja bawahan banyaklah. Biasanya jawatan CEO diambil alih oleh keturunan CEO itu sendiri. Kalau bukan anak, cucu yang ambik alih.

"Syarikat mana yang tawarkan kau kerja  CEO tu?"

"DreamArtistry Studios. Syarikat perfileman. Syarikat tu syarikat ayah angkat aku dengan abang dia yang punya. Dia suruh aku ambik alih."

"Kenapa kau pulak kena ambik alih? Anak diorang taknak ambik alih?" Danish mengangkat bahu.

"Nampaknya macamtulah. Anak Tuan Nadeem sakit kanser. Anak Tuan Habib taknak ambik alih syarikat tu. Dia nak ikut jejak mak dia. Sebabtu Tuan Nadeem harapkan aku."

"Tapi, kau ada ilmukah nak uruskan syarikat tu?"

"Itulah masalah aku sekarang! Aku takde ilmu nak uruskan syarikat tu. Aku kena hadap artis, kamera, wartawan, staf... Aku ni bukan pandai bersosial sangat pun. Aku taknak syarikat ni telungkup sebab aku. Kalau aku bekerja dari bawah takpe jugak. Ini tak, aku kena terus jawat jawatan CEO."

"Kalau macamtu, rejectlah." Jawab Jelita, selamba.

"Kalau macam ni jawapan kau, baik kau diam saja. Bukan nak membantu pun." Jelita dijeling. Wajahnya diraup.

"Danish, pandang aku." Arah Jelita. Danish melepaskan cengkaman dirambutnya. Nafas dalam ditarik. Wajah Jelita dipandang.

"Aku tahu kerja ni tak mudah tapi tak mustahilkan? Tuan Nadeem percayakan kau maksudnya dia tahu kau boleh buat walaupun kau takde experience. Dia tak suruh kau berlakon. Kau cuma perlu berlatih cara untuk berkomunikasi. Kau kena pandai cari cara macam mana nak wujudkan kerjasama dengan orang-orang terkemuka, artis dan pihak media. Kau kena belajar cara untuk buat sesuatu keputusan yang meyakinkan diorang bahawa syarikat kau antara syarikat yang selamat dan terbaik untuk para artis bekerja. That's it."

Danish mendiam. Wajahnya diraup.

"Kau pilih mana yang terbaik. Kalau kau rasa kau boleh buat, terima jawatan tu. Kalau tak, reject. Aku okay saja."

"Tapi aku fikirkan kita, Jelita. Aku taknak kau hidup susah dengan aku. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku nak bagi kau kehidupan yang selesa." Jelita menarik senyuman nipis. Dagunya ditongkat memandang Danish.

"Sweet jugak kau ni kan? Look, aku okay saja dengan semua keputusan yang kau buat. Aku taknak kau tanggung beban seorang diri. Tak lama lagi kita akan kahwin dan aku bukan kahwin dengan fizikal kau saja, tapi aku kahwin dengan semua perkara berkaitan kau. Aku ni bukannya dari keluarga berada. Aku pernah hidup miskin dan aku bersyukur apa yang ada depan mata aku. Lagipun, kitakan sekufu. Sama-sama hidup bersederhana."

Danish merenung wajah Jelita. Dia tersenyum nipis. Alhamdulillah, pilihannya untuk jadikan Jelita sebagai bakal isterinya merupakan pilihan yang tepat. InsyaAllah. Dia harap Jelita takkan berpaling tadah darinya.

"Thanks sebab kau selalu ada dengan aku, Jelita."

"No problem, bro! Akukan bakal isteri kau yang mithali. Aku kenalah sentiasa sokong apa yang kau buat, selagi benda tu baik." Danish tergelak kecil. Surat tawaran yang berada ditangannya ditenung.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now