LISA!41

2.2K 92 28
                                    

AKU merenung pregnancy test terakhir yang telah aku gunakan. Kelima-limanya menunjukkan dua garis berwarna merah. Aku menarik senyuman gembira. Air mata jatuh lagi. Tak sangka... Aku sedang membawa nyawa dalam perut aku. Perut aku yang masih kempis diusap lembut.

Baby membesar dengan sihat, ya? Bonda janji bonda akan jaga baby sampai baby lahir. Mesti walid gembirakan kalau dapat tahu dalam perut bonda ni ada baby?

Telefon pintar di atas sinki aku capai. Nombor Mel didail lalu diletakkan ke telinga.

Drt...Drt...

"Hallu?"

"Mel! Mel, kau free tak esok?"

"Esok aku free. Lusa, tak sebab aku nak balik kampung. Asal?"

"Teman aku keluar esok boleh? Aku nak keluar jalan-jalan."

"Jalan-jalan pergi mana?" Aku tersengih. Rahsiahlah, mana boleh bagitahu! Tak syoklah nanti!

"Adalah! Kau teman saja. Boleh?"

"Hm yelah! Untuk kau semua boleh, Nara... Siapa saja nak teman kau bershopping kalau bukan aku?" Tawa kecil aku terletus. Kami berborak untuk beberapa ketika sebelum aku mempamitkan diri. Talian dimatikan. Telefon diletakkan ke tepi.

Aku menarik nafas dalam kemudian hembus. Tarik lagi, hembus...

Tinggal lagi empat hari saja lagi akan masuk tahun baru. Aku kena cepat! Banyak benda aku nak prepare untuk surprisekan Khalif! Kalau tak dipujuk mamat tu sampai ke tahun 2025 lah dia takkan tegur aku. So, nak taknak aku kena turunkan ego supaya hubungan kami dapat dipulihkan.

.

Setelah memberi salam terakhir, aku menadah tangan tika Khalif mula membaca doa. Selesai saja, dia pusing ke belakang dan menghulurkan tangannya pada aku untuk bersalam. Aku menyambut tangan Khalif dan mengucupnya lama.

"Awak..." Tangan Khalif aku genggam apabila lelaki itu mahu menarik tangannya kembali. Khalif memandang aku tanpa sepatah kata. Wajahnya kosong tanpa emosi.

"Awak free tak ahad ni?" Diam, tiada respon. Aku menarik senyuman kecil buatnya.

"Kalau awak free, saya nak ajak awak sambut tahun baru sama-sama. Dekat hotel. Nanti saya send location, awak jangan tak datang tau?"

"Tengoklah macam mana." Khalif menarik tangannya sedikit kuat sehingga genggaman tangan aku terlepas. Aku hanya diam memandangnya melipat sejadah sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur utama meninggalkan aku keseorangan. Aku menghela nafas lemah.

Sabarlah duhai hati. Hm...

###

"MEL, kau rasa warna apa yang sesuai untuk aku? Gelap ke cerah?" seminit... Dua minit....

"Mel?" Aku berpaling memandang Mel yang hanya mendiamkan diri sejak tadi. Eh, aku cakap dengan tunggul ke? Bahu Mel ditepuk membuatkan wanita itu meringis kesakitan.

"Sakitlah..."

"Aku tanya tu, jawablah! Dah bisu ke?" Kepala digelengkan. Mel mencebik bibir.

"Orang cantik, pakai apa pun semua lawa."

"Sebab aku tahu aku cantiklah aku suruh kau pilihkan. Kalau aku sedar diri aku tak cantik, aku pakai tudung sarung warna hitam saja." Aku tersengih menampakkan barisan gigi yang putih. Mel menjeling meluat. Menyampah!

"Cerah!" Kata Mel sebelum menarik beberapa helai warna tudung yang menarik perhatiannya. Warna putih, beige dan lilac menarik perhatian aku.

"Warna yang mana akan menyerlah kecantikan aku malam nanti?" Soalku pada Mel. Mel mengetuk dagu, tiga warna tudung yang aku pegang dilihatnya silih berganti.

LECTURER ITU SUAMI AKU!Where stories live. Discover now