LISA!14

2.7K 72 4
                                    

"NARA, are you okay?" Mel pandang aku yang diam sejak pagi tadi. Semuanya berpunca dari mana? Dari pergaduhan antara aku dan Imran. Sumpah aku cakap aku rasa nak bunuh mamat tu lepastu kerat dia punya terung sampai hancur!

Dasar jantan pervert!

Aku ni dahlah bini orang! Kalau perkara ni dapat tahu pada Khalif, memang koma dia setahun dekat hospital.

"Nara... Kau pun tahu perangai Im tu macam mana. Buat bodoh saja."

"Buat bodoh saja kau cakap? Kau tau tak dia buat sexual harassment pada aku pagi tadi? Patutnya kau suruh aku buat report tau?"

"Kau yakin kalau buat report, Im akan masuk lokap? Family dia tu banyak cable, sah-sahlah dia akan terlepas sebab family dia kuat RASUAH orang atasan! Silap-silap kau yang kena tuduh fitnah dia."

"Habistu kau nak aku diam saja?! Dia tu dah melampau tahu tak?!" Aku ni baran tau orangnya! Lagi-lagi aku sendiri yang kena sexual harassment ni! Takkan aku nak diam saja?!

"Aku peliklah..." Roti cheese aku letakkan di atas meja. Wajah Mel aku pandang dengan rasa tak puas hati yang menggunung.

"Dah banyak saksi yang tahu perangai Imran tu macam mana! Perangai dia tu dari sekolah rendah sampai masuk universiti sama saja! Pembuli! Pervert! Gila! Even cikgu-cikgu pun tahu dia tu macam mana, takkan pihak berkuasa masih nak pertahankan mamat musi*** macam tu! Tolak sajalah dia masuk lokap! Lagi family dia backup dia, lagi binat*** perangai dia tahu tak?!"

Amik kau! Segala carutan aku lepaskan! Maaf, Mel... Kau sorang saja pendengar setia yang aku percaya sekarang. Aku harap kau tak amik hati dengan mulut puaka aku.

"Kan aku dah cakap, bila ada duit semua settle. Sesetengah orang yang anggap duit ni dunia diorang, diorang sanggup ketepikan hukum-hakam semata-mata nak lepas dari kena hukuman. Tak kisahlah orang miskin ke kaya ke, semua orang akan diuji. Kita yang biasa-biasa ni diuji dengan 'apa yang orang ada, kita pun nak benda yang sama' sedangkan diorang yang kaya tu diuji dengan lambakan duit depan mata."

Duit = selesai masalah.

Aku diam. Kata-kata Mel memang betul. Sekarang dah akhir zaman. Jadi, tak mustahil perkara-perkara macam ni berlaku.

Ting! Ting!

Mel mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket seluar. Password dimasukkan sebelum ibu jarinya menyentuh aplikasi Whatsapp. Mesej yang masuk sebentar tadi ditekan.

DR. ZAFRAN (suami Nara) 🤡
Melissa
Lepas habis kelas
Suruh Nara tunggu saya dekat
parking lot
Saya nak bawak dia balik

YOU
Okay Dr👍

"Nara."

"Apa."

"Balik kang tunggu dekat parking lot. Dr. Zafran nak bawak kau balik." Aku berdecit. Mata digulingkan.

"Tak elok tau buat muka macamtu. Suami kau tu syurga kau tau?" Mel melepuk lengan aku. Aku meringis kesakitan. Kes tadi aku still tak puas hati! Boleh pulak dia panggil Mel 'sayang'?!

"Kau pahal jeling-jeling aku ni?"

"Apesal dia panggil kau sayang?!"

"Sejak bila?" Dahi Mel berkerut seribu.

"'What's your name, dear?'"

LECTURER ITU SUAMI AKU!Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu