Bab 4 🎭🖤

811 61 5
                                    

PAGI ini dia dikejutkan dengan arahan dari Adam yang disampaikan oleh Aunty Mary. Qaylisha tidak tahu sama ada betul atau tidak semua itu tapi... Rasanya memang betul dan cukup jelas.

"Signor Anderson asked you to help him upstairs."

Sekarang juga dia rasa dia nak blah dari rumah agam yang besar ini! Lagilah dia rasa kecut perut mendapat jelingan tajam daripada Alea. Semalam sewaktu sedang menyiapkan makan malam, dia perlu bekerjasama dengan Alea untuk siapkan makan malam dan betapa terkejutnya dia apabila Alea tiba-tiba merempuh bahunya. Kalau perlahan tak apa juga ini kemain kuat!

"Wowww! It's look like he interested in you, Lisha! Like... Look at your barbie doll face! Just who not gonna fall into it though? Right Aunty Mary?" Jane menyenggol bahu Aunty Mary yang sedang mengelap cawan. Syukur saja cawan itu tidak jatuh.

Dan dengan kata-kata itu Qaylisha rasa Alea semakin berasap! Mungkin kalau sekali lagi Jane buka mulut, kain yang berada di tangan Alea untuk mengelap meja bercium dengan wajahnya! Oh! Daripada biarkan benda itu terjadi baik aku blah!

Qaylisha cepat-cepat ingin beredar dari dapur dan dalam pada masa yang sama Alea juga turut bergerak melangkah dekat ke arahnya dan...

"Auch!" Dia rempuh bahu aku lagi! Kalau semalam belah kanan hari ini belah kiri. Dah kenapa dia ini suka sangat rempuh bahu orang?

"I'm sorry! Did I hurt you?" Kali ini Alea berbahasa. Tidak seperti semalam yang hanya diam setelah merempuh bahu Qaylisha. Qaylisha geleng kecil dan berlalu pergi.

Langkah di atur ke lif sebelum dia menekan nombor empat dan menutup pintu lif. Rumah ini empat tingkat dan tujuan dia adalah tingkat yang teratas sekali, tak akanlah nak guna tangga pula kan? Mahu semput nanti kalau dah sampai. Baik naik lif!

Qaylisha tidak dapat menyorok rasa gugupnya di dalam lif itu. Haruslah dia gugup! Dia takut mahu berjumpa dengan Adam aka Signor Anderson itu! Makin berdebar dia apabila lif terasa seperti naik dengan begitu pantas! Tak ada mode slow mo ke lif ni? Aku nak lambat-lambat sampai!

Ting!

Aku pasrah.

Qaylisha keluar dari lif dan menuju ke satu pintu yang sudah pastinya bilik Adam. Macam mana dia tahu? Aunty Mary terlebih dahulu telah beritahunya semalam ciri-ciri pintu bilik Adam supaya dia tidak salah masuk dan tidak masuk ke sebarang tempat. Bila Aunty Mary kata seluruh kawasan di tingkat empat ini adalah zon merah, dia memang simpan kata-kata itu dalam kepalanya dan tidak melencong ke tempat lain. Terus menuju ke bilik Adam dan berdiri di hadapan pintu seperti patung.

Nak ketuk ke ya? Mestilah kan? Sekarang ini dia majikan aku. Bukan suami.

Ambil nafas sekali dan tangannya mengetuk pintu dengan lembut. Bila ketukan pertama tidak disahut, Qaylisha ketuk lagi selama tiga kali. Hening...

"Sabar Lisha... Sabar. Husnuzon! Dah lama tak jumpa ini, dia jadi pekak sikit!" Sempat Qaylisha mengumpat sebelum mengetuk pintu bilik Adam buat kali ketiga.

Tok! Tok! Tok!

"Come in."

Hah? Dia salah dengar ke tadi? Tengok Lisha! Kau mengumpat dia tadi sekarang kau pulak yang pekak! Qaylisha dekatkan telinga di pintu. Betullah kut, dia suruh aku masuk? Soalan itu asyik bermain di fikirannya dan tanpa dia sedar pintu itu tiba-tiba menjauh darinya dan...

Bukkk!

Qaylisha rasa dia sudah mendarat di sesuatu yang keras. Keras tetapi tidaklah keras sangat. Qaylisha angkat kepala dan dia automatik melihat menjerit melihat keadaan jejaka dihadapannya itu.

Anderson's Temptation Where stories live. Discover now