Tiada satu pun hubungan perkahwinan yang inginkan perpisahan. Semua orang impikan perkahwinan yang kekal dan bahagia. Namun siapakah kita hendak melawan takdir yang telah ditentukan? Adil? Apa itu adil? Dalam dunia ini tidak ada istilah adil dalam setiap diri manusia bahkan binatang. Jadi apa itu adil? Perlukah aku berdamai? Berdamai dengan segala hal yang aku tak boleh ubah, kerana ikhlas akan menjadi ending terbaik dari semuanya. Kan? 𝘒𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘪𝘬𝘩𝘭𝘢𝘴 𝘮𝘦𝘯𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘴𝘦𝘮𝘶𝘢 𝘬𝘦𝘬𝘦𝘤𝘦𝘸𝘢𝘢𝘯 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘺𝘢𝘳 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘬𝘦𝘬𝘦𝘤𝘦𝘸𝘢𝘢𝘯 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘣𝘦𝘳𝘪𝘣𝘶-𝘳𝘪𝘣𝘶 𝘬𝘦𝘣𝘢𝘪𝘬𝘢𝘯 :- 𝘈𝘭𝘪 𝘣𝘪𝘯 𝘈𝘣𝘪 𝘛𝘩𝘢𝘭𝘪𝘣 - Bunyi siren yang nyaring menjadi melody di dalam pemikiran Noura yang kosong. Peristiwa yang gelap itu kembali terimbau dalam otak Noura tanpa di sedari air matanya mula mengalir dan menitik membasahi wajah nya. "Noura, aku ada belikan makanan untuk kau. Jangan lupa makan, kesian dekat anak dalam perut tu dah 2 hari tak makan" kata Bella lalu meletakkan bungkusan makanan tersebut di atas meja makan. "terima kasih Ell" ucap Noura dengan nada suara yang perlahan. Dia kembali merenung satu sudut yang kosong tanpa mempamerkan sebarang emosi. Kesan air matanya tadi disapu lembut.