NIKA; The Coffee Assassin Nika, nama itu terkenal sebagai pembunuh terkenal ketika tahun 2098. Dia dikenali juga dengan panggilan The Coffee Killer atau The Coffee Assassin kerana pembunuhannya hanya melibatkan air kopi yang dikatakan mempunyai formulanya tersendiri untuk membunuh manusia. Identiti Nika masih belum dikenal pasti. Banyak khabar dari mulut ke mulut mengenai Nika, ada yang sangkakan bahawa Nika ialah seorang sainstis negara terkenal. Ada juga yang kata Nika ialah manusia paling bijak pada tahun itu, iaitu Damien si genius terkenal. Sehinggakan semua barista di setiap dunia di soal siasat oleh pihak berkuasa. Semua kedai kopi di dunia menjadi ancaman bagi setiap penduduk bumi pada tahun itu.